Batu Amethyst/ Kecubung

Amethyst (SiO2) yang dikenali sebagai ametis atau kecubung dalam bahasa Melayu merupakan batu quartz yang berwarna ungu. Amethyst berasal dari perkataan Greek; “amethuskein,” (to intoxicate; untuk menawar) dimana kepercayaan lama Tamadun Greek arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan peminum menjadi mabuk.

Amethyst merupakan batu mineral “supercomposite” yang terdiri daripada “lamella” seperti belang yang berselang diantara bahagian kanan dengan kiri quartz. Struktur ini dipercayai terjadi akibat daripada tekanan mekanikal. Hasilnya, amethyst mempunyai corak seakan-akan cap jari (berbelang-belang). Selain itu, corak di dalam batu amethyst juga dipercayai terjadi akibat daripada kehilangan air daripada mineral berkenaan hasil daripada tekanan dan haba dalam tempoh masa yang sangat lama. Amethyst mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs.

Amethyst dipercayai telah digunakan sejak zaman Mesir kuno sebagai bahan perhiasan yang antik. Amethyst merupakan mineral yang banyak ditemui. Walaubagaimanapun, amethyst yang berkualiti hanya boleh didapati di beberapa negara sahaja seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia (daerah Mursinka yang terletak di Ekaterinburg), India (Sri Lanka) dan Zambia. Amethyst yang terdapat di pasaran pada masa kini biasanya telah diproses dengan rawatan haba bagi mendapatkan perubahan warna yang menarik.

Amethyst merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan. Selain warna ungu, amethyst juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya “Rose de France” yang berwarna merah jambu pucat (pale pinkish lavender). Amethyst yang paling berharga berwarna ungu kebiruan yang memancarkan cahaya berwarna merah yang dikenali sebagai “Siberian” (kerana hanya dijumpai di Siberia serta beberapa kawasan di Zambia dan Uruguay). Selain itu, terdapat amethyst yang berwarna ungu dengan warna oren seperti warna citrine yang dikenali sebagai amethrine yang banyak dijumpai di Bolivia dan Brazil.

Batu Garnet/ Biduri Delima

Semua batu biduri delima (garnet) mengandung campuran keizelzuur, sedangkan komposisi batu biduri delima sama sulitnya dengan batu tourmaline. Batu garnet mempunyai nilai keras 6-7.5 berdasarkan daftar keras Mohs.

Pada umumnya batu garnet sangat mengkilau warnanya dan tembus cahaya. Hampir semua batu garnet mempunyai warna yang dalam dan bermacam-macam warnanya kecuali biru. Di Indonesia batu garnet ini diberi nama bermacam-macam seperti manilam anggur, biduri delima, biduri anggur, dan mirah anggur. Biasanya warna batu garnet yang paling disukai adalah warna merah gelap dan kadang-kadang hitam, batu macam itu dinamakan pyrope.

Mungkin karena warna batu garnet itu merah jadi batu ini sering dijadikan batu yang dipercayai mempunyai sifat-sifat ksatria dan keperkasaan. Seringkali dahulu para petarung menghiasi senjata-senjata mereka dengan batu garnet dan berharap batu tersebut bisa membawa mereka keberuntungan dan memenangkan medan perang. Batu ini pernah dijadikan sebagai peluru dengan maksud agar meningkatkan rasa sakit yang amat di dalam luka.

Batu Permata

Batu permata adalah sebuah mineral, batu yang dibentuk dari hasil proses geologi yang unsurnya terdiri atas satu atau beberapa komponen kimia yang mempunyai harga jual tinggi, dan diminati oleh para kolektor. Batu permata harus dipoles sebelum dijadikan perhiasan.

Di dunia ini tidak semua tempat mengandung batu permata. Di Indonesia hanya beberapa tempat yang mengandung batu permata antara lain di provinsi Banten dengan Kalimayanya, di Lampung dengan batu jenis-jenis anggur yang menawan dan jenis cempaka,di Pulau Kalimantan dengan Kecubungnya (amethys) dan Intan (berlian). Batu permata mempunyai nama dari mulai huruf a sampai huruf z yang diklasifikasikan menurut kekerasannya yang dikenal dengan Skala Mohs dari 1 sampai 10. Permata yang paling diminati di dunia adalah yang berkristal yang selain jenis batu mulia seperti Berlian, Zamrud, Ruby dan Safir, batu-batu akik jenis anggur seperti Biru Langit, bungur atau kecubung yang berasal dari Tanjung Bintang, Lampung saat ini banyak di buru oleh para kolektor karena kualitas kristalnya.

Batu Safir

Batu mulia sapphire (safir) adalah sejenis batu mulia dari anggota mineral
corundum sama seperti batu
mirah (ruby)
. Mereka berdua bisa dikatakan kakak adik yang sama-sama
mempunyai nilai keras 9 berdasarkan daftar keras Mohs, mereka berdua menempati
di urutan ke dua setelah batu
intan
. Perbedaan dari keduanya terletak pada warna yaitu merah untuk batu
mirah dan biru untuk batu safir. Batu safir terbuat dari alumunium oxide dan
titanium sedangkan batu mirah terbuat dari alumunium oxide dan chromium
(chromium yang mengakibatkan terjadinya warna merah pada batu
mirah
). Jika batu safir yang memiliki warna yang bermacam-macam selain biru
atau merah maka batu itu dinamakan “fancy sapphire”. Warna yang paling ideal
buat batu safir adalah biru langit dan birunya tidak boleh terlalu kental atau
terlalu keputihan karena akan mengurangi nilai harganya. Pada dasarnya corundum
murni tidak berwarna, semua warna pada batu permata disebabkan oleh unsur
kimiawi lainnya yang bergabung saat proses kristalisasi terjadi.

Dalam
dunia perdagangan batu mulia sudah tidak heran lagi jika kita mendengar
batu-batu mulia sengaja dipanaskan untuk merubah atau memperindah batu-batu
tersebut seperti warnanya, kilauannya, pembentukkannya dan lain-lain.
Diperkirakan 90% dari batu-batu mirah atau safir akan melalui proses tersebut,
suatu proses yang permanen dan telah diterima di setiap perdagangan batu mulia.
Walaupun proses ini bisa merubah batu yang tidak berharga menjadi batu yang
mahal harganya tetapi tindakan ini amat beresiko karena perbuatan tersebut bisa
mengakibatkan batu ini rusak, retak, pecah dan dalam kejadian tertentu warna
dari batu-batu tersebut malah hilang.

Intan atau Berlian

Galian berlian merupakan bentuk berkristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 galian yang diketahui. Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (αδάμας; “mustahil untuk dijinakkan”)—dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya.

Ciri-ciri ini dan yang lain menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan. Kebanyakan berlian dilombong daripada paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal dalam di perut bumi, yang berasal dari kedalaman sehingga 90 batu (150 km) ke Bumi, di mana tekanan dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian.

Kebanyakan berlian dilombong dari tengah dan selatan Afrika, walaupun sejumlah besar galian turut dijumpai di Kanada, Russia, Brazil, dan Australia. Sekitar 130 juta Karat (26,000 kg) berlian dilombong setiap tahun, dengan jumlah keseluruhan hampir $9 billion. Sebagai tambahan, hampir empat kali ganda daripada jisim itu dihasilkan oleh manusia sebagai berlian sintetik.

Tarikan berlian sebagai batu berharga terletak kepada kekerasannya dan ciri-ciri optik. Berlian yang digunakan sebagai permata dipotong dan digilap menjadi bentuk banyak sudut bagi meningkatkan kualiti yang menarik ini. Kekerasan berlian membenarkan ia digilap dengan baik dan tahan calar (hanya berlian lain mampu mencalarkan berlian), memberikan kilauan yang baik.

Penyelerakkan cahaya putih kepada warna pelangi, dikenali dalam bidang ini sebagai api, merupakan ciri utama lain permata berlian, dan telah dihargai sepanjang sejarah. Permata berlian biasanya dinilai oleh empat ciri iaitu Karat, Jernih, Warna, dan Potongan – empat C: carat, clarity, color, and cut. Berlian telah dihargai sebagai permata semenjak sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu apabila ia digunakan sebagai ikon keugamaan di India. Kemashyuran berlian sebagai permata mula meningkat pada abad ke 19 apabila reka bentuk potongan yang dimajukan meningkatkan kualiti bentuk berlian sebagai permata.

Berlian dalam kegunaan pengilangan telah dikaitkan dengan kekerasannya; ciri-ciri ini menjadikan berlian sebagai bahan terbaik bagi perkakasan memotong dan pelicin — penggunaan biasa termasuk mata gergaji dan maa penggerudiatau kegunaan serbuk berlian sebagai bahan geseran (abrasive). Penggunaan khas lain juga wujud atau sedang dimajukan, termasuk penggunaan sebagai semikonduktor; sesetengan berlian biru merupakan semikonduktor semulajadi, berbanding berlian lain yang merupakan penebat yang baik. Berlian berkualiti pengilangan biasanya tidak sesuai unuk kegunaan sebagai permata atau dihasilkan secara buatan, yang menjadikan harga mereka murah dan ekonomik unuk dignakan.

Penggunaan pengilangan, terutamanya sebagai mata penggerudi dan perkakasan mengukir, juga sermula semenjak masa silam. Penghasilan dan pengagihan berlian biasanya terletak dalam kawalan beberapa pemain utama, dan tertumpu dipusat perdagangan berlian traditional (yang paling utama adalah di Antwerp). De Beers Group, berasaskan di Johannesburg, Afrika Selatan dan London, England, merupakan pemain terbesar dalam industri berlian selama lebih seratus tahun; syarikat tersebut dan anak syarikatnya memiliki lombong berlian sendiri yang menghasilkan sekitar 40 peratus penghasilan berlian dunia, dan mengawal saluran pengedaran yang mengendalikan hampir dua per tiga daripada semua berlian dunia.

Sebahagian pertikaian mengenai berlian disebabkan amalan monopoli yang digunakan oleh De Beers termasuk kawalan ketat bagi bekalan dan manipulasi harga, termasuk juga amalan sebahagian kumpulan revolusi Afrika yang menjual berlian pertikaian untuk membiayai akiviti mereka yang sering ganas.

Zamrud, Batu Permata Hijau

ImageZamrud merupakan batu permata yang berwarna hijau.

Zamrud (Be3Al2SiO6) adalah batu permata yang berwarna hijau atau hijau tua. Zamrud termasuk dalam kumpulan galian silikat beril (mengandung berilium) dan warna hijaunya disebabkan oleh kromium. Kehadiran vanadium dan besi yang menyertai kromium akan menyebabkan warna hijau tersebut. Kekerasan zamrud termasuk tinggi (7.5 pada skala Mohr).

Pengeluar zamrud berkualiti tinggi ialah Colombia, Siberia, Afrika Selatan, Zimbabwe, Australia dan Brazil.

busana muslim

Pilihan Syiria Chiffon Terbaru dari Annur…

 (2 Layers) FREE SIZE (M STANDARD) RM48 PER PC
10 PC and ABOVE : RM35 PER PC

20 PC and ABOVE : RM30 PER PC
1 SET WITH INNER : RM65

POSTAGE : RM6 SEMENANJUNG
: RM9 SABAH/SERAWAK
 INTERESTED, DO EMAIL TO

 or

 CALL/SMS :-HAJJAH NIAR : 016-297 3021
 -TIKA : 017-883 0267