Batu Amethyst/ Kecubung

Amethyst (SiO2) yang dikenali sebagai ametis atau kecubung dalam bahasa Melayu merupakan batu quartz yang berwarna ungu. Amethyst berasal dari perkataan Greek; “amethuskein,” (to intoxicate; untuk menawar) dimana kepercayaan lama Tamadun Greek arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan peminum menjadi mabuk.

Amethyst merupakan batu mineral “supercomposite” yang terdiri daripada “lamella” seperti belang yang berselang diantara bahagian kanan dengan kiri quartz. Struktur ini dipercayai terjadi akibat daripada tekanan mekanikal. Hasilnya, amethyst mempunyai corak seakan-akan cap jari (berbelang-belang). Selain itu, corak di dalam batu amethyst juga dipercayai terjadi akibat daripada kehilangan air daripada mineral berkenaan hasil daripada tekanan dan haba dalam tempoh masa yang sangat lama. Amethyst mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs.

Amethyst dipercayai telah digunakan sejak zaman Mesir kuno sebagai bahan perhiasan yang antik. Amethyst merupakan mineral yang banyak ditemui. Walaubagaimanapun, amethyst yang berkualiti hanya boleh didapati di beberapa negara sahaja seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia (daerah Mursinka yang terletak di Ekaterinburg), India (Sri Lanka) dan Zambia. Amethyst yang terdapat di pasaran pada masa kini biasanya telah diproses dengan rawatan haba bagi mendapatkan perubahan warna yang menarik.

Amethyst merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan. Selain warna ungu, amethyst juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya “Rose de France” yang berwarna merah jambu pucat (pale pinkish lavender). Amethyst yang paling berharga berwarna ungu kebiruan yang memancarkan cahaya berwarna merah yang dikenali sebagai “Siberian” (kerana hanya dijumpai di Siberia serta beberapa kawasan di Zambia dan Uruguay). Selain itu, terdapat amethyst yang berwarna ungu dengan warna oren seperti warna citrine yang dikenali sebagai amethrine yang banyak dijumpai di Bolivia dan Brazil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s